500G Rampaitox Serbuk Bancuh Racun Rumpai, Padi (Kelas III)
500G Rampaitox Serbuk Bancuh Racun Rumpai, Padi (Kelas III)
- Model: RPT-500G
Description
Rampaitox ialah sejenis racun rumpai yang mengandungi perawis aktif daripada kumpulan 'phenoxycaboxylic acid' yang bertindak secara sistematik tertentu.
- Perawis Aktif: 2,4-D butyl 45.0% w/w
- Perawis Lengai: 55.0% w/w
- Make sure 4 hours of no rain after applying
Aturan Penggunaan
Pengunaan tidak mengikut label adalah satu kesalahan di bawah Akta Racun Makhluk Perosak 1974.
Kawasan Tanaman | Rumpai | Kadar Racun | Isi Padu Semburan Sehektar | Catatan | |
10 Liter Air | Sehektar | ||||
Padi | Keladi Air, Rumput Menderong | 60 g | 1.8 kg | 300 liter | Sembur Rampaitox 14-21 hari selepas menabur padi |
Jangan kutip hasil tanaman padi sekurang-kurangnya 60 hari selepas semburan terakhir.
Panduan Membancuh
Disyor menggunakan alat penyembur galas bernozel kipas 5/64''. Isikan tangki setengah penuh dengan air bersih. Campurkan Rampaitox secukupnya mengikut syor yang ditetapkan dalam jadual sukatan dan bancuh dengan satu liter air bersih di dalam bekas berlainan dan kacau sehingga larut sepenuhnya. Seterusnya tambah baki air bersih yang diperlukan dan kacau. Jangan guna pada kadar lebih tinggi daripada disyorkan. Jangan simpan baki bancuhan Rampaitox di dalam tangki alat penyembur.
Panduan Menyembur
Elakkan daripada melakukan penyemburan tertumpu terlalu lama di sesuatu tempat. Paras air di sawah hendaklah berukuran 1/2'' - 2'' kedalamannya semasa penyemburan dilakukan. Jangan sembur di kawasan tanaman lain yang tidak disyorkan.
Tempoh Dilarang Masuk Semula Kawasan Rawatan (REI): 12 jam