500G Halex Diuron 80WP Serbuk Bancuh Racun Rumpai, Tebu (Kelas III)
500G Halex Diuron 80WP Serbuk Bancuh Racun Rumpai, Tebu (Kelas III)
- Model: HL-DR80WP500
Description
Halex Diuron 80WP ialah sejenis racun rumpai yang mengandungi perawis aktif daripada kumpulan 'urea' yang bertindak secara sistematik.
- Perawis Aktif: diuron 80.0% w/w
- Perawis Lengai: 20.0% w/w
- Make sure 4 hours of no rain after applying
Aturan Penggunaan
Pengunaan tidak mengikut label adalah satu kesalahan di bawah Akta Racun Makhluk Perosak 1974.
Kawasan Tanaman | Rumpai | Kadar Racun | Isi Padu Semburan Sehektar | |
10 Liter Air | Sehektar | |||
Tebu | Jelamparan, Rumput Belalang Kuncup dan Rumput Mekar | 73 g | 3.3 kg | 450 liter |
Jangan kutip hasil tanaman tebu sekurang-kurangnya 7 hari selepas semburan terakhir. Jangan biarkan haiwan ternakan meragut rumpai di kawasan yang disembur selama sekurang-kurangnya 2 bulan selepas semburan terakhir.
Panduan Membancuh
Disyor menggunakan alat penyembur galas bernozel kipas 5/64''. Isikan tangki setengah penuh dengan air bersih. Campurkan Halex Diuron 80WP secukupnya mengikut syor yang ditetapkan dalam jadual sukatan dan bancuh dengan satu liter air bersih di dalam bekas berlainan dan kacau sehingga larut sepenuhnya. Seterusnya tambah baki air bersih yang diperlukan dan kacau. Jangan guna pada kadar lebih tinggi daripada disyorkan. Jangan simpan baki bancuhan Halex Diuron 80WP di dalam tangki alat penyembur.
Panduan Menyembur
Ketika menyembur, elakkan kabus semburan daripada terkena tanaman kerana kerosakan teruk atau kebinasaan mungkin berlaku. Gunakan alat penghadang semburan untuk mengelakkan tempiasan. Jangan sembur pada tanah berpasir atau tanah yang mengandungi bahan organan yang rendah kerana ia akan mencederakan tanaman. Jangan sembur di kawasan tanaman lain yang tidak disyorkan.
Tempoh Dilarang Masuk Semula Kawasan Rawatan (REI): 12 jam