1L Terban Racun Serangga Anai-Anai/Lipas (Kelas II)
1L Terban Racun Serangga Anai-Anai/Lipas (Kelas II)
- Model: TB-1L
Description
Terban ialah sejenis racun serangga yang mengandungi perawis aktif daripada kumpulan 'organophosphate' yang bertindak secara sentuhan dan keracunan perut.
Aturan pengunaan
Pengunaan tidak mengikut label adalah satu kesalahan di bawak Akta Racun Makhluk Perosak 1974.
i) Perlindungan Sebelum Pembinaan (Pre-construction)
Tempat | Serangga Perosak | Kadar Racun | Catatan | |
10 Liter Air | 10 m² | |||
Tapak Pembinaan | Anai-anai | 125 ml | 1.1 Liter | Siram 5.5 liter/m² pada permukaan tanah sebelum ditutupi dengan konkrit atau simen |
ii) Perlindungan Selepas Pembinaan (Post-construction)
Tempat | Serangga Perosak | Kadar Racun | Catatan | |
10 Liter Air | 10 m² | |||
Bangunan lama dan baru | Anai-anai | 125 ml | 25 ml | Buatkan lubang-lubang suntikan dengan jarak 40-60 cm setiap satu sedalam 30 cm. Suntik 2.8 liter larutan bagi setiap lubang dengan menggunakan penyuntik tanah |
iii) Untuk Mengawal Serangga Dalam Rumah
Tempat | Serangga Perosak | Kadar Racun | Catatan | |
10 Liter Air | 10 m² | |||
Rangka pintu, tingkap dan struktur rumah yang berkayu | Anai-anai | 125 ml | - | Sapu atau sembur Terban pada semua bahagian rangka pintu, tingkap dan struktur rumah yang berkayu. Ulang rawatan apabila ternampak tanda-tanda serangan baru |
Bilik dapur, keliling sinki, dibawah almari,lantai stor dan dinding | Lipas | 125 ml | 0.5 liter | Gunakan tekanan rendah (20psi) dengan nozel jenis 'pin point' untuk menyembur temoat seperti di celah-celah dinding, rekahan lantai dan tempat penyambungan dinding. Untuk semburan 'spot' guna tekanan rendah dengan muncung 'fan jet'. Ulang apabila nampak lipas datang semula selepas 7 hari. |
Catatan
Kawasan yang dirawat perlu dipantau setiap tahun dan perlu lakukan rawatan semula apabila terdapat tanda-tanda serangan.
Panduan membancuh
Disyor menggunakan air penyembur galas. Jangan guna penyembur kabus. Isikan tangki setengah penuh dengan air bersih. Campurkan Terban secukupnya mengikut syor yang ditetapkan dalam jadual sukatan dan bancuh. Seterusnya tambah baki air bersih yang diperlukan dan kacau. Jangan guna pada kadar lebih tinggi daripada yang disyorkan. JANGAN simpan baki bancuhan Terban di dalam tangki alat penyembur.